Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi bersama para pemenang pingat acara wushu SUKMA Sarawak 2024 termasuk Stephanie Ngu Chai Ern di Kuching, hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

SUKMA: Hari yang bertuah buat Stephanie Ngu

ByBong Yi Sien

KUCHING, 14 Ogos: Dua perkara yang amat menggembirakan bagi atlet wushu dari kontinjen Sarawak, Stephanie Ngu Chai Ern, hari ini.

Setelah memenangi pingat emas dalam kategori taolu changquan, atlet wushu wanita berusia 20 tahun itu dikalungkan pingat yang disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang hadir pada acara itu bersama isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Stephanie Ngu Chai Ern. Foto Alex Teo (TVS)

Malah, beliau merupakan pemenang pingat emas pertama bagi kontinjen Sarawak.

“Saya rasa amat berbangga dengan prestasi saya dan gembira serta amat yakin boleh menangani pencabar-pencabar saya. Pingat ini merupakan Pingat Emas SUKMA pertama saya,” katanya ditemui di Dewan Wushu SSC Petra Jaya.

Mengulas mengenai kemenangannya, Stephanie Ngu berkata beliau mengambil masa empat hingga enam bulan membuat persediaan bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 ini.

Beliau yang berasal dari Sibu itu menunjukkan bakatnya dalam wushu pada usia tujuh tahun malah kali ini adalah kali keempat menyertai tesmaya sukan ini.

Pada saingan yang berlangsung di Dewan Wushu SSC Petra Jaya atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.603 bagi mengatasi 16 lagi pencabarnya.

Beliau akan teruskan perjuangan pingatnya pada 15 Ogos dalam acara JianShu wanita dan 16 Ogos QiangShu Wanita. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan