Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris dua kes kematian mengejut

Polis sah terima laporan kehilangan Muhammad Nidza Afham

ByBernama

SHAH ALAM, 14 Ogos: Polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi serta YouTubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, yang telah keluar rumah pada 7.45 petang semalam dan belum pulang hingga kini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada 4.22 pagi, yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan pengangkutan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjoging.

“Pada 9.04 malam, teman wanita Muhammad Nidza Afham menghubungi beliau dan mendapati panggilan tersebut tidak dapat disambungkan.

“Teman wanitanya mendapati lokasi terakhir keberadaan Muhammad Nidza Afham menerusi aplikasi ‘Find My Iphone’ adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Cha berkata adik kepada Muhammad Nidza Afham telah pergi ke lokasi terakhir itu dan menjumpai satu telefon pintar iPhone beserta dompet yang berisi dokumen milik abangnya seperti kad pengenalan dan kad pelajar.

“Bagaimanapun, didapati kad ATM Muhammad Nidza Afham telah hilang,” katanya.

Sehubungan itu, Cha meminta orang ramai yang mempunya maklumat berhubung penyanyi itu untuk menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu media melaporkan penyanyi Aufahanie memohon orang ramai mendoakan agar abangnya, Muhammad Nidza Afham yang hilang sejak malam tadi segera ditemui.

Beliau berkata abangnya keluar ke Stadium Sultan Suleiman, Klang dengan menaiki e-hailing untuk berjoging. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan