KUCHING. 14 Ogos: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mengumumkan kesediaannya untuk meletak jawatan pada bulan depan.
Dalam sidang media pada Rabu, Kishida berkata beliau tidak akan bertanding bagi pemilihan ketua Parti Liberal Demokratik (LDP) yang bakal melakukan undian pada September.
Jelasnya sudah tiba masa untuk parti dan negara itu memberikan laluan kepada pemimpin baharu yang muda dan berkaliber.
Biarpun tidak bertanding, sebagai ahli beliau menegaskan akan memberikan sepenuh sokongan kepada perjuangan LDP
Parti Liberal Demokratik yang memerintah, yang telah mentadbir hampir tanpa gangguan sejak 1945, akan mengadakan pertandingan kepimpinan bulan depan, dengan pemenang untuk menjadi perdana menteri.
“Dalam pilihan raya presiden (parti) ini, adalah perlu untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa LDP sedang berubah dan parti itu adalah LDP baharu,
“Untuk ini, pilihan raya yang telus dan terbuka serta perdebatan bebas dan bersungguh-sungguh adalah penting. Langkah pertama yang paling jelas untuk menunjukkan bahawa LDP akan berubah ialah dengan saya berundur,” kata Kishida kepada pemberita di Tokyo.
Kishida, 67, memegang jawatan sejak Oktober 2021, menyaksikan penilaian tinjauan pendapat beliau dan partinya merosot mendadak sebagai tindak balas terhadap kenaikan harga yang mencecah pendapatan Jepun selain isu beberapa skandal.
Pada November, Kishida mengumumkan pakej rangsangan bernilai 17 trilion yen (lebih daripada $100 bilion pada masa itu) ketika dia cuba meredakan tekanan daripada inflasi dan menyelamatkan jawatan perdana menteri.
Malangnya tindakan tersebut gagal dan menjadikannya kurang popular, baik dalam kalangan pengundi negara matahari terbit itu mahupun dari ahli-hali dalam partinya sendiri.
Seiring dengan inflasi yang sedang menongkah arus ekonomi dunia bagi pengundi Jepun fenomena yang tidak biasa dan tidak diingini telah membadai negara itu apabila pertumbuhan ekonomi Jepun merosot dan menyusut 0.7 peratus pada suku pertama.
Walaupun terdapat beberapa pemulihan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, yen telah menjadi salah satu mata wang berprestasi paling teruk di dunia. – TVS