KOTA SAMARAHAN, 14 Ogos: Kehadiran lebih 2,000 penonton yang majoriti penyokong Sarawak pada aksi pembukaan futsal Sukan Malaysia (SUKMA) semalam ternyata memberikan ‘masalah’ kepada Perak.
Perkara itu diakui oleh jurulatih skuad The Bos Gaurus, Muhammad Fairuz Noordin apabila fokus pemainnya terganggu sehingga menjaringkan gol sendiri.
SUKMA: Sokongan penyokong suntik semangat futsal Sarawak bangkit melawan
Namun kata beliau ada beberapa perkara positif dipelajari oleh barisan pemainnya yang rata – rata muka baharu apabila mereka bangkit dan berjaya mendapatkan jaringan penyamaan pada minit akhir.
“Meskipun berhadapan dengan penyokong yang ramai, saya berbesar hati kerana pemain Perak mampu mengejar jaringan sehingga ke saat akhir.
“SUKMA 2024 merupakan pengalaman kali pertama bagi kebanyakan pemain saya namun kami akan mengambil iktibar gol sendiri tadi supaya lebih baik pada perlawanan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Tertutup Kota Samarahan, petang semalam.
Aksi sengit saling berbalas serangan itu berakhir dengan keputusan 4-4 walaupun Perak mendahului 3-1 tamat separuh masa pertama.
SUKMA: Sokongan penyokong suntik semangat futsal Sarawak bangkit melawan
Sementara itu, kapten Perak Matias Danisan akui meskipun perlawanan itu sengit namun mereka tidak mahu kalah.
“Semestinya tadi merupakan perlawanan yang berinsentisi tinggi, sangat laju dan dipenuhi penyokong.
“Namun, kami mampu mengatasi halangan walaupun mental kacau (terganggu) tapi kita lawan untuk Perak,”ujarnya. -TVS.