Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pada pertembungan di Padang Kriket & Ragbi Petra Jaya di sini, Perak yang tewas kepada Terengganu pada aksi sulung semalam, meraih kemenangan dengan kelebihan 53 larian. Foto Malaysia Cricket (FB)

Kriket: Perak bangkit raih kemenangan pertama

ByBernama

KUCHING, 14 Ogos: Skuad kriket lelaki Perak bangkit untuk melakar kemenangan pertama dalam misi mempertahankan pingat emas T20 selepas menundukkan Pulau Pinang pada aksi kedua liga sepusingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Pada pertembungan di Padang Kriket & Ragbi Petra Jaya di sini, Perak yang tewas kepada Terengganu pada aksi sulung semalam, meraih kemenangan dengan kelebihan 53 larian.

Pasukan tuan rumah, Sarawak turut melakar keputusan positif selepas menewaskan Melaka dengan kelebihan tujuh wiket pada aksi sulung kedua-dua pasukan.

Dalam pada itu, Kedah juga mencipta kemenangan pertama selepas mengatasi Sabah dengan kelebihan tujuh wiket.

Kriket menawarkan dua pingat emas masing-masing dalam kategori lelaki dan wanita.

Saingan kriket lelaki yang membuka tirai semalam dan acara wanita dijadual bermula pada Ahad ini, akan berlangsung hingga 24 Ogos depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan