Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru Datuk Mohd Noorazam Osman akan berkampung di Sarawak bersama atlet-atlet Johor demi memastikan 15 emas dalam genggaman. Foto Mohamad Gustie (TVS)

Juara SUKMA 2022, Johor akui sukar pertahankan gelaran di Sarawak

BySalasiah Safian

MIRI, 14 Ogos: Juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) 2022, Johor mengakui bakal berdepan kesukaran untuk mempertahankan gelaran itu apabila atletnya terbang beraksi di Sarawak.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, di sebalik cabaran itu barisan Harimau Selatan akan menampilkan persembahan terbaik bagi merebut sebanyak mungkin pingat emas yang dipertandingkan.

SUKMA: Sokongan penyokong suntik semangat futsal Sarawak bangkit melawan

“Johor akan melakukan yang terbaik walaupun sebagai juara bertahan, tetapi kita tahu kali ini ia bukanlah mudah.

“Kita datang ke Sarawak membawa semangat juang yang tinggi dan bergerak sebagai satu pasukan,” katanya kepada TVS semalam selepas tiba di Lapangan Terbang Miri.

Mohd Noorazam tiba bersama 34 atlet serta enam pegawai yang akan mengambil bahagian dalam acara yang dijalankan di bandar raya ini.

Di Miri beliau berkata, Johor menyasarkan 15 pingat emas menerusi enam sukan yang dipertandingkan iaitu karate, lawan pedang, pelayaran, pencak silat, rugbi dan sofbal.

Pada SUKMA 2022, Johor muncul juara keseluruhan dengan meraih 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa.

SUKMA: Sokongan penyokong suntik semangat futsal Sarawak bangkit melawan

Sementara itu, ketua pasukan sofbol lelaki Johor, Abdul Aziz Othman berkata pasukannya telah melakukan persediaan rapi khusus termasuk latihan yang bermula penghujung tahun lepas.

“Kami menjangkakan saingan hebat dari Perak dalam usaha untuk mendapatkan pingat emas,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan