Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Pasukan Sofbol Wanita Negeri Sembilan Mohd Fakhri Matsaad ketika ditemu TVS di Lapangan Terbang Miri. Foto Mohamad Gustie (TVS)

Sofbol wanita N.Sembilan berguru dengan jurulatih Filipina sebelum terbang ke Miri

BySalasiah Safian

MIRI, 14 Ogos: Pasukan sofbol wanita Negeri Sembilan menerima latihan istimewa selama lapan hari daripada jurulatih berasal Filipina.

Pengurus pasukan Mohd Fakhri Matsaad berkata, sesi berkenaan merupakan antara persiapan mereka sebelum terbang ke bandar raya ini untuk bersaing dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Namun beliau mengakui berdepan beberapa cabaran untuk menyiapkan pasukan.

“Antara cabaran terbesar adalah untuk mengekalkan kecergasan pemain.

“Barisan pula boleh dikatakan majoriti muka baharu yang belum berpengalaman, kebanyakan terdiri daripada pelajar sekolah serta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya ketika ditemui TVS di Lapangan Terbang Miri, di sini semalam.

Di sebalik kekurangan yang ada Mohd Fakhri berkata, mereka tetap akan memberikan saingan pada kempen SUKMA kali.

“Kita buat yang terbaik dan kita mencari pengalaman,” katanya.

Kali pertama sertai SUKMA, pasukan perempuan sofbal Sabah tetap bernafsu mahu pingat

Pasukan sofbol lelaki dan wanita Negeri Sembilan tiba pada 4.40 petang semalam dengan bilangan atlet seramai 29 orang dan enam orang pegawai.

Acara sofbol akan bermula pada 15 Ogos ini dengan saingan kategori lelaki berlangsung di Padang Bola Sepak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri manakala acara wanita dilangsungkan di Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) Merbau. -TVS.

Tags: Sofbol, sukma

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan