Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Persatuan Penulis Sarawak, Awang Zaidel Awang Jamel mengetuai kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Astana Negeri hari ini. Foto Harold (TVS)

Yayasan Penerbitan Buku bakal diwujudkan di Sarawak

ByAsmah Adenan

KUCHING, 13 Ogos: Yayasan Penerbitan Buku bakal diwujudkan di Sarawak hasil cetusan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga merupakan seorang penulis buku.

Presiden Persatuan Penulis Sarawak, Awang Zaidel Awang Jamel berkata, yayasan itu akan membantu menguruskan hal-hal berkaitan manusiawi, kesasteraan dan kebudayaan.

“Kekangan kita di Sarawak adalah untuk menerbitkan buku, ramai yang menulis tetapi tidak tahu bagaimana hendak menerbit  buku.

“Untuk masuk kepada penerbit rasmi seperti Dewan Bahasa dan Pusaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Utusan dan sebagainya mereka ada peraturan-peraturan tersendiri dan kadang-kadang melibatkan tempoh yang lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengetuai kunjungan hormat Persatuan Penulis Sarawak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di sini, hari ini.

Katanya, Tun Wan Junaidi turut menyarankan untuk bersama-sama dengan persatuan lain yang bukan bumiputera termasuk Persatuan Cina untuk bersatu dalam mengusahakan Yayasan Penerbitan ini.

“Selain itu, pihak kami juga menghadapi beberapa kekangan antaranya ialah dari segi dana untuk membantu menerbitkan buku. Sebelum ini pihak Yayasan Sarawak telah diminta untuk menaikkan dana daripada RM10,000 kepada RM20,000 bagi membantu penerbitan buku.

“Untuk kita di Sarawak, anggaran bagi menerbitkan 100 ke 200 buah naskah muka surat adalah bernilai RM5,000 hingga RM8,000. Oleh itu, beliau mencadangkan untuk kita menubuhkan yayasan ini bagi menguruskan hal-hal berkaitan penerbitan termasuklah urusan kewangan,” jelasnya.

Hadir sama ialah sasterawan negeri Sarawak, Jong Chian Lai serta ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Sarawak (PERPES).

PERPES yang telah ditubuhkan pada 21 April 2012 adalah ‘payung’ kepada penulis di Sarawak khususnya kepada golongan wartawan dan bekas wartawan yang menulis dalam bentuk penulisan ilmiah dalam medium penulisan bahasa Melayu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan