Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pihak berkuasa Israel menahan dan mengusir Imam Besar Masjid Al-Aqsa Sheikh Ekrima Sabri baru-baru ini merupakan satu perbuatan keji dan melanggar kesucian Masjid Al-Aqsa. Foto fail AFP

Tindakan Israel menahan dan mengusir Imam Besar Masjid Al-Aqsa perbuatan keji

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Tindakan pihak berkuasa Israel menahan dan mengusir Imam Besar Masjid Al-Aqsa Sheikh Ekrima Sabri baru-baru ini merupakan satu perbuatan keji dan melanggar kesucian Masjid Al-Aqsa.

Menurut peguamnya, Khaled Zabarka dalam temu bual berbahasa Arab yang dirakam melalui aplikasi WhatsApp kepada Bernama, ini merupakan tindakan yang menyalahi undang-undang antarabangsa, terutamanya yang berkaitan dengan kebebasan beribadat dan memasuki tempat-tempat suci.

“Tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Israel sebenarnya tidak sah kerana mereka tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.

“Jadi, apa yang kita boleh fahami daripada tindakan ini adalah usaha mereka untuk membenarkan kuasa legitimasi Israel yang sebenarnya tidak sah, iaitu keabsahan pendudukan mengikut undang-undang antarabangsa, ke atas Masjid Al-Aqsa dan ini juga membawa kita melihat apa yang akan berlaku pada masjid ini dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau juga mendakwa Israel sedang merancang untuk memperkenalkan satu projek yang dikenali sebagai “tempoh penyelesaian” untuk menyelesaikan semua perkara tertangguh antaranya tanah, identiti dan tempat suci.

Beliau berkata mereka berusaha keras melaksanakan perkara ini kerana menganggap “suara diam” dari negara-negara Arab dan Islam seolah-olah reda dengan perbuatan mereka.

“Oleh itu, ini menjadi peluang keemasan bagi pihak Israel untuk menyelesaikan perancangan untuk menjadikan ia berpihak kepada mereka, terutamanya Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa,” tambah beliau.

Beliau juga berkata Sheikh Ekrima dan keluarganya di Tebing Barat sehingga kini masih menerima ugutan bunuh oleh kumpulan pelampau Yahudi kerana lantang menentang Zionist Israel.

Khaled juga menyeru dunia Islam, Arab termasuk kerajaan Malaysia untuk terus memberi sokongan dan bergerak untuk melindungi Masjid Al-Aqsa dan hak rakyat Palestin daripada terus dicabuli oleh Israel.

Sebelum ini, Agensi Anadolu melaporkan Sheikh Ekrima ditahan pihak berkuasa Israel pada Jumaat (2 Ogos) kerana meminta berkabung atas pembunuhan ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh dalam khutbah Jumaat.

Beliau kemudian ditahan selama beberapa jam sebelum dibebaskan dengan larangan memasuki Masjid Al-Aqsa sehingga tempoh enam bulan bermula 9 Ogos. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan