Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan boling padang lelaki Sarawak mencatatkan dua kemenangan dalam aksi SUKMA hari ini. Foto, Nadim Bohari (TVS).

SUKMA: Sarawak tewaskan Johor, Kelantan acara trio lelaki boling padang peringkat kumpulan

ByFebbright James

KUCHING, 13 Ogos: Pasukan boling padang bertiga lelaki Sarawak bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan Johor 14-10 dalam perlawanan pertama kumpulan D acara itu pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Aksi di Sarawak Lawn Ball Arena Petra Jaya itu menyaksikan trio Sarawak yang diwakili Awang Mohamad Sharszan Awang Nasaruddin, Iskandar Hasbi dan Mohamad Amsyar Mohamad Amelin mencatatkan keputusan 14-10 ke atas Aide Hamsyar Mohd Hairi, Muhammad Afiq Daniel Suhaimi dan Muhammad Azriq Haszely yang ditampilkan Johor.

Jurulatih Sarawak, Nur Fithri Yaani Hamdin memuji persembahan ditampilkan oleh pemainnya ketika menentang Johor yang merupakan antara pasukan pilihan dalam kategori itu.

“Saya berharap mereka dapat mengekalkan prestasi dan momentum untuk perlawanan seterusnya.

“Sasaran saya ialah untuk menang pingat emas, jadi penting untuk mereka terus komited sehingga mara ke final,” katanya ketika ditemui TVS selepas perlawanan.

Perlawanan kedua menentang Kelantan pada 1.30 petang tadi menyaksikan Sarawak meneruskan kecemerlangan apabila menewaskan Kelantan dengan keputusan 16-9.

Sementara itu dalam acara perseorangan perempuan, Dayang Nur Alia Sharmiela Abang Gadisa turut bermula baik apabila menewaskan wakil Negeri Sembilan, Nur Darwisya Zubir dengan keputusan 21-15.

Dia kemudian meneruskan aksi konsisten dengan kemenangan 21-19 biarpun dicabar hebat oleh Nur Anis Aishah Azmi dari Kelantan.

Bagi kategori berempat kumpulan, Sarawak yang membariskan Haspina Mazlan, Mya Zara Amir, Nur Hidayah Faizal dan Nur Syurhaidah Asaral menewaskan Wilayah Persekutuan dengan catatan 11-8.

Turut hadir menyaksikan perlawanan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Boling padang membuka tirai hari ini sehingga 23 Ogos dengan menawarkan keseluruhan sembilan pingat emas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan