Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan kriket Perak tewas kepada Terengganu pada aksi perlawanan hari pertama dalam Kumpulan A di Padang Kriket & Ragbi, Kuching, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

SUKMA: Perak, Wilayah Persekutuan tumbang dalam aksi pembukaan kriket

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 13 Ogos: Skuad kriket lelaki Perak memulakan misi mempertahankan pingat emas T20 dengan langkah kiri selepas tewas kepada Terengganu pada aksi pembukaan liga sepusingan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Pada pertembungan di Padang Kriket & Rabgi Petra Jaya, Terengganu mengesahkan kemenangan dengan kelebihan dua wiket.

Sementara itu, dalam aksi perlawanan Kumpulan B, pasukan Kelantan menang besar setelah menumpaskan, naib juara pada temasya sebelum ini, Wilayah Persekutuan, apabila berjaya menghasilkan 203 larian dengan berbaki dua wiket setelah tamat 20 overs pada inning yang pertama.

Kelantan memenangi perlawanan dengan perbezaan 119 larian apabila Wilayah Persekutuan tidak dapat mengejar dan hanya mampu mencatatkan 84 larian selepas tiada baki wiket pada overs ke-18.1.

Muhammad Azri Azhar dari Kelantan merupakan pemain yang paling banyak menghasilkan larian dalam perlawanan tersebut dengan catatan 83 larian melalui 32 balingan yang dihadapinya.

Di sebelah petang, perlawanan membabitkan Kumpulan C menyaksikan Selangor mencatatkan kemenangan ke atas Johor dengan menghasilkan 64 larian dan masih berbaki dua wiket pada overs ke-16.0 dalam inning kedua.

Pada inning pertama, Johor mencatatkan 62 larian setelah tamat kesemua wiket pada overs ke-15.0.

Dalam pada itu, tuan rumah Sarawak pula bakal berentap dengan Melaka pada esok dalam aksi Kumpulan B yang dijadualkan berlangsung pada jam 11.30 pagi, selain Kedah menentang Sabah (Kumpulan A) dan Perak bertemu Pulau Pinang (Kumpulan A). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan