KOTA SAMARAHAN, 13 Ogos: Pasukan Perak bangkit mengikat pasukan tuan rumah Sarawak dengan jaringan 4-4 pada aksi pembuka tirai acara futsal yang berlangsung di Stadium Tertutup di sini, petang tadi.
Biarpun kemenangan sudah dalam gengaman selepas mendahului Perak dengan jaringan 4-3 hasil jaringan Asyraff Zakaris berjaya menjaringkan gol keempat pada minit ke-20, namun jaringan penyamaan ketika perlawanan berbaki 60 saat memusnahkan harapan Sarawak untuk meraikan kemenangan pertama di hadapan penyokong sendiri.
Namun, kelebihan tersebut gagal dipertahankan oleh Sarawak apabila Perak berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Abdul Hadi Muhamad Azhan pada minit ke-20(+2).
Satu lagi gol Sarawak pada perlawanan tersebut dijaringkan oleh Mohammad Mohammad Aedel Izzwan Iswandi.
Dua lagi gol Sarawak hasil jaringan sendiri pemain Perak, iaitu Muhammad Haziyhidawi Mazlan, pada minit ke-4, dan Mohamad Amirul Aiman Mohamad Hamzan pada minit ke-9.
Tiga gol Perak dijaringkan oleh Danish Syaufi Firhan Ramlie pada minit pertama, Muhammad Haziyhidawi pada minit ke-12 dan Mohamad Amirul.
Perlawanan kedua bakal menyaksikan pasukan Sarawak menentang Pahang esok hari  pada jam 4.30 petang.-TVS