Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan tenis SUKMA Sarawak bersama Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep hari ini.

Juara tenis SUKMA 2022 turun padang bantu atlet Sarawak

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Pemain tenis kebangsaan yang juga pemenang pingat emas beregu lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2022, Muhammad Aiman Hamdan kembali ke pentas temasya dwi tahunan itu di Sarawak tahun ini.

Atlet berusia 23 tahun itu berkata, dia teruja dengan peranan baharunya sebagai jurulatih untuk membantu kem Sarawak meraih pencapaian terbaik pada edisi kali ini.

SUKMA : Tenis mulakan kempen emas Sarawak hari kelapan

Jelas Muhammad Aiman, tugasan bersama pasukan tenis SUKMA Sarawak bukan kali pertama dalam kariernya sebagai jurulatih.

“Sebenarnya saya mula berkecimpung dalam bidang kejurulatihan pada 2019 namun secara separuh masa memandangkan masih aktif mewakili Malaysia.

“Saya juga pernah menjadi jurulatih pasukan tenis kerusi roda negara pada Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China. Kami berjaya mendapat pingat perak,” katanya kepada TVS.

Berbalik kepada pasukan tenis SUKMA Sarawak, pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu berkata seramai 12 atlet terpilih untuk mengibarkan cabaran Bumi Kenyalang.

“Mereka terdiri daripada masing – masing enam lelaki perempuan dan akan bertanding dalam acara perseorangan, beregu, beregu campuran dan berpasukan,” katanya.

Mengenai sasaran pula, Muhammad Aiman berkata mereka akan mencuba sehabis baik untuk mendapatkan pingat emas di sebalik saingan sengit yang bakal diberikan oleh Perak dan Wilayah Persekutuan.

Mengenai perkembangan sebagai atlet negara pula, Muhammad Aiman berkata dia ketika ini sedang mempersiapkan diri untuk Sukan SEA Thailand 2025.

Pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur, Muhammad Aiman bersama Jimmy Liong Kai Long menghadiahkan emas acara beregu lelaki kepada Sarawak selain turut menyumbang pingat perak acara beregu campuran.

Acara tenis SUKMA 2024 akan membuka tirai pada 16 Ogos di Gelanggang Tenis SLTA, Kuching dengan keseluruhan enam pingat emas ditawarkan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan