Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Henry Harry Jinep pada sidang media mesyuarat perasmian Sekolah Kebangsaan Suba Buan di Bau, hari ini. Foto TVS

Bangunan baharu SK Suba Buan, Bau dirasmikan Sabtu ini

BAU, 13 Ogos: Bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Suba Buan di Bau dijadual dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 17 Ogos ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Dato Henry Harry Jinep berkata sekolah tersebut telah dibina di kawasan yang tinggi bagi mengatasi masalah banjir di kawasan yang lama.

Katanya, lokasi sekolah yang terletak di jalan raya penghubung antara Kampung Suba Buan dan Kampung Suba Bau bakal memberi manfaat kepada penduduk-penduduk kampung menghantar anak mereka bersekolah.

“Mesyuarat penyelarasan untuk perasmian SK Suba Buan dengan bangunan baharu yang dipindahkan dari kawasan banjir ke kawasan yang lebih tinggi,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pembinaan sekolah tersebut dibina dengan kos RM24.65 juta merangkumi pembinaan 18 unit bilik darjah dan enam unit rumah guru termasuk beberapa kemudahan lain.

Sekolah tersebut mampu menampung 200 murid.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan