Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di Istana Negara hari ini. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Agong berkenan terima menghadap KSN baharu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di Istana Negara hari ini.

Turut hadir bekas KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali, menurut hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Shamsul Azri yang merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dilantik sebagai KSN ke-16 berkuat kuasa semalam.

Beliau menggantikan Mohd Zuki yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan