Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

1,200 pendatang Yahudi serbu Masjid Al-Aqsa

ByBernama

BAITULMAQDIS (Palestin), 13 Ogos: Ratusan pendatang Yahudi menyerbu kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki di bawah perlindungan polis Israel pada pagi Selasa, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis, sekitar 1,200 pendatang memasuki Masjid Al-Aqsa secara berkumpulan dan melakukan ritual Talmud di dalam kawasan masjid.

Pencerobohan itu adalah sebahagian daripada siri operasi yang dirancang, dengan ribuan lagi pendatang dijangka memasuki masjid sepanjang hari itu.

Polis Israel bertindak menghalang kemasukan rakyat Palestin ke dalam kawasan Masjid Al-Aqsa, namun mengerah pasukannya untuk memudahkan kemasukan pendatang Yahudi ke tempat suci umat Islam itu.

Jabatan itu turut mendedahkan bahawa polis Israel menjadikan Bandar Lama Baitulmaqdis sebagai zon tentera yang diperkukuhkan.

Beratus-ratus pegawai ditempatkan di sekitar pintu masjid dan di seluruh Kota Lama.

Langkah keselamatan turut dipertingkatkan termasuk kawalan ketat terhadap akses untuk jemaah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan