Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad bola sepak Sarawak akan menentang Perak pukul 4.15 petang di Padang Mesra Mukah. Foto kredit, Lensa Azman.

SUKMA: Perjuangan skuad bola sepak Sarawak bermula petang ini di Padang Mesra Mukah

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Skuad muda Ngap Sayot yang akan memulakan kempen Sukan Malaysia (SUKMA) petang ini di Mukah menyeru sokongan padu peminat di kawasan sekitar.

Ketua Jurulatihnya Awangku Shahbudin Pengiran Abu Bakar berkata, perlawanan menentang Perak pada 4.15 petang ini sangat penting kepada barisan pemainnya untuk melihat kemampuan mereka dalam edisi kali ini.

Lebih daripada itu jelas Awangku Shahbudin berkata, mereka juga berdepan tugas berat untuk menamatkan badi gagal melepasi pusingan pertama acara bola sepak sejak 16 edisi SUKMA yang lalu.

“Sudah pasti kita mahu menang walaupun cabaran getir namun pemain akan turun berjuang habis-habisan.

“Kita mengharapkan penyokong Sarawak hadir ke venue untuk beri sokongan kepada pasukan,” katanya kepada TVS.

Sarawak diundi dalam kumpulan D bersama Perak, Wilayah Persekutuan dan Pahang.

Mengenai persiapan pasukan, Awangku Shahbudin berkata pada Julai lepas pasukan berkampung ke Lembah Klang selama sebulan untuk mengharungi beberapa perlawanan persahabatan.

“Kita menentang pasukan bawah 23 tahun Terengganu, pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan selain beberapa pasukan tempatan yang beraksi dalam Liga Selangor,” katanya.

Sementara itu beliau memaklumkan Sarawak turut meminjam beberapa pemain Kuching City FC untuk memperkuatkan pasukan.

“Antara yang menyertai kita termasuk Cornelius Ornley Jina, Mohammad Faris Mohd Faidillah dan Yohanis Daniel,” katanya.

Perlawanan bermula petang ini pada 4.15 di Padang Mesra Mukah.

Pada 14 Ogos, Sarawak dijadual berdepan Wilayah Persekutuan di Stadium Mukah dan menutup kempen pusingan awal menentang Pahang pada 16 Ogos. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan