Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kontinjen Sepak Takraw Brunei Darussalam tiba di pekarangan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh, Miri, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

SUKMA: Kontinjen Sepak Takraw Brunei sasar lepasi peringkat kumpulan

ByAkma Salleh

MIRI, 12 Ogos: Kontinjen Sepak Takraw Brunei Darussalam menyasarkan untuk melepasi peringkat kumpulan pada pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang akan diadakan di Stadium Muhibbah Bintulu pada 14 hingga 23 Ogos ini.

Jurulatihnya, Abd Talib Ahmad menaruh harapan tinggi terhadap anak buahnya supaya mereka dapat melakukan yang terbaik.

“Bagi saya yang penting para pemain yang rata-rata terdiri daripada pemain baharu dapat menunjukkan mutu permainan yang baik, kami akan memberi cabaran kepada pasukan lain, jika memperoleh pingat pada acara itu nanti ia adalah satu bonus buat kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh di sini, hari ini.

Seramai 14 orang kontinjen yang terdiri daripada pegawai pengurus, fisioterapi dan atlet tiba di pekarangan ICQS pada jam 10.40 pagi tadi.

Mengulas lanjut berhubung persiapan kempen, Talib berkata, pihaknya telah bersedia dari tahun lepas lagi untuk menghadapi SUKMA kali ini.

“Saya lihat para pemain pun turut bersemangat. Apa-apa pun kami nak melepasi peringkat kumpulan dulu kerana terdapat empat acara dan kita akan memberi saingan yang terbaik,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, pada edisi tahun 2022 di Kuala Lumpur, kontinjen Brunei berjaya menamatkan kempen SUKMA dengan pungutan masing-masing dua perak dan gangsa, manakala kali terakhir kontinjen kepulauan Borneo ini meraih pingat emas pula adalah kira-kira 10 tahun lalu iaitu pada 2014 di Perlis.

Brunei tidak pernah ketinggalan untuk mewarnai kemeriahan SUKMA sejak edisi tahun 2000 lagi dengan tahun ini mereka menghantar 61 atlet daripada 11 sukan yang dipertandingkan antaranya, catur, e-sukan, lawan pedang, karate, pencak silat, sepak takraw, taekwondo dan wushu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan