Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Affin Bank Berhad dengan UNIMAS dan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak di sini hari ini. Foto, TVS.

Sarawak terima 15,000 pemohonan pengambilan khas guru

KOTA SAMARAHAN, 12 Ogos: Sarawak menerima sekitar 15,000 pemohonan bagi pengambilan khas guru setakat ini, kata Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak berkata, perkara itu menunjukkan minat mendalam terhadap profesioan berkenaan walaupun hanya 1,134 kekosongan jawatan ketika ini.

Jelas beliau susulan pemohonan yang mengalakkan itu, aspek pemilihan ke jawatan itu tidak akan hanya fokus kepada penguasaan akademik semata-mata.

“Sebaliknya pemilihan akan merangkumi aspek sikap pedagogikal, kemahiran berinteraksi serta cara-cara calon terlibat memperagakan diri mereka ketika sesi temuduga.

“Apa yang bagus ialah kita mempunyai ramai calon yang boleh dipilih dan kita berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) kerana memberikan peluang kepada Sarawak memulakan program pengambilan khas guru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pada sidang media selepas hadir Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Affin Bank Berhad dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan kementeriannya di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pengambilan guru oleh Kerajaan Sarawak, Roland Sagah berkata perkara itu pernah dilaksanakan sebelum ini namun hanya membabitkan tempoh setahun.

“(Oleh itu) saya percaya kita masih berhadapan dengan masalah kekurangan guru, jadi kita perlu selesaikannya,” katanya.

Tambah Roland Sagah, pengambilan khas guru tersebut juga akan turut mengambil kira lokaliti serta tempat kelahiran calon.

Kriteria itu katanya menjadi antara perkara penting dalam mengurangkan masalah penempatan serta peningkatan pemohonan perpindahan guru yang sering berlaku sekiranya calon guru terbabit di tempatkan di sekolah yang jauh dari tempat asal mereka.

“Apabila mereka ditugaskan berdekatan kawasan asal, kita akan kurang berdepan dengan isu guru mohon pindah,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan