Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelajar cemerlang yang menerima anugerah sempena Majlis Konvokesyen IKMAS ke-20 hari ini. Foto TVS

Profesion guru dekat di hati pelajar IKMAS

KUCHING, 12 Ogos: Profesion sebagai seorang guru merupakan kerjaya yang rata-ratanya mendapat tempat di hati graduan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS).

Menurut penerima Anugerah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nur Zulaikha Ripot, dalam menuntut ilmu sudah pasti seseorang bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran yang sedikit sebanyak boleh mengganggu gugat semangat dalam menimba ilmu.

“Akan tetapi itu sama sekali tidak melunturkan semangat saya untuk terus menimba ilmu hingga ke peringkat ini.

“Selain itu, saya juga amat berterima kasih kepada kedua ibu bapa dan tenaga pengajar di IKMAS yang tidak pernah jemu untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan hingga memperoleh kejayaan yang cemerlang seperti ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis konvokesyen IKMAS ke-20 di sini, hari ini.

Nur Zulaikha yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru itu mengatakan bahawa dirinya akan melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sementara itu, bagi penerima Anugerah Ketua Pengarah Jakim, Muhammad Alfan Raduan yang berasal dari Kampung Hulu Maludam berhasrat untuk mengubah nasib keluarganya serta berbakti kepada anak bangsa dan agama.

“Walaupun jarak kampung dengan tempat belajar saya agak jauh tapi itu semua tidak mematahkan semangat saya dalam pelajaran dan bukan alasan untuk saya tidak berjaya.

“Saya akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,”ujarnya.

Bagi penerima Anugerah Majlis Islam Sarawak, Sharifah Nur Maizurah Sayed Ahmad yang berasal dari Sibu menjelaskan untuk berjaya dengan cemerlang hendaklah menjadi insan yang taat kepada agama.

“Untuk berjaya pertama sekali kita hendaklah menjaga hubungan baik dengan Allah dan tidak meninggalkan solat merupakan kunci utama dalam mencapai apa jua yang kita inginkan.

“Selain itu, kita juga hendaklah rajin bertanya bagi menambah pengetahuan dan jangan takut untuk bertanya,” katanya.

Bagi penerima Anugerah Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak, Faridah Rasid yang berasal dari Kampung Baru ini berkata, bimbingan daripada rakan-rakan dan juga tenaga pengajar merupakan salah satu semangat untuk dirinya terus berjaya.

“Bagi saya, bukan senang untuk belajar dan meraih keputusan yang cemerlang setiap semester kerana terdapat semester yang point untuk dekan dinaikkan dan kami perlu bekerja keras pada semester tersebut,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan