Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia Joko Widodo diiringi menteri selepas mesyuarat kabinet untuk kali pertama di Ibu Kota Nusantara. Foto Biro Pers Presiden

Prabowo komited siapkan IKN

ByTVS

JAKARTA, 12 Ogos: Presiden Indonesia Joko Widodo mengadakan mesyuarat kabinet bersama menteri di Ibu Kota Nusantara (IKN) yang pertama di Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur hari ini.

Dalam mesyuarat itu, pelbagai isu dibincangkan termasuk pemindahan pegawai kerajaan ke Nusantara dan kemajuan pembinaan yang sedang dilaksanakan.

Selepas pertemuan itu, Widodo diiringi Presiden terpilih Indonesia Prabowo Subianto meninjau pembangunan Istana Negara dan semua kemudahan di Nusantara.

Dalam kesempatan itu, Prabowo berkata, pembinaan Nusantara berjalan dengan baik dan optimis dengan kerjasama pakar,.

Menurutnya, IKN dijangka berfungsi dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.

“Walaupun mengambil masa bertahun-tahun, saya komited untuk menyiapkan projek ini, nanti semua pakar mesti dikerahkan dengan segala kebolehan kita dan saya optimis dalam empat hingga lima tahun lagi Nusantara akan berfungsi dengan baik,” katanya.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk menyiapkan IKN selaras dengan visi dan misi berterusan Presiden Jokowi.

Prabowo yang akan menggantikan Jokowi sebagai presiden Indonesia pada penggal 2024-2029 juga berjanji untuk meneruskan dan membuat aturan untuk menyokong pemindahan pusat pentadbiran baharu Indonesia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan