Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jurulatih Sarawak, Awangku Shahbuddin Pengiran Abu Bakar. Foto TVS

Lakukan analisa perlawanan Wilayah Persekutuan, Pahang

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 12 Ogos: Jurulatih Sarawak Abangku Shahbuddin Pengiran Abu Bakar tetap memuji aksi ditampilkan anak buahnya walaupun tewas 1-0 kepada Perak dalam aksi pembuka tirai acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Padang Mesra Majlis Daerah Dalat Mukah (MDDM) petang tadi.

Beliau berkata, prestasi pasukannya sangat baik walaupun tewas dalam perlawanan pembukaan tersebut.

“Prestasi kami sangat baik namun tidak bernasib baik kerana pengadil memberikan penalti kepada lawan. Sepatutnya pengadil memberi kami satu lagi penalti supaya keputusan lebih seimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan.

Menurutnya, perancangan seterusnya adalah untuk menganalisa permainan Wilayah Persekutuan dan Pahang bagi merangka strategi.

“Kami akan membuat analisa melibatkan perlawanan antara Wilayah Persekutuan dan Pahang bagi menentukan formasi untuk perlawanan seterusnya,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan