Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi (dua dari kanan) dalam pertemuan bersama-sama Presiden IWA Tom Mollen (dua dari kiri) di Toronto. Foto: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak

Komited perkasa pengurusan air selari amalan terkini

ByIzzah Kamilah Yunus

TORONTO, 12 Ogos: Kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam memperkasa pengurusan air dari segi inovatif teknologi dan trend amalan terkini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, penyertaan dalam Kongres dan Pameran Air Sedunia Persatuan Air Antarabangsa (IWA WWCE) 2024 hari ini di Toronto, Kanada yang diketuainya merupakan salah satu usaha ke arah tersebut.

“Ia merupakan usaha kita melibatkan diri dengan pemimpin industri yang bertujuan memupuk kerjasama baharu bagai membentuk masa depan air di negeri ini.

“Seperti yang diumumkan pada 16 September 2023 semasa sambutan Hari Malaysia, Kuching dipilih sebagai tuan rumah Kongres dan Pameran Air Sedunia (IWA WWCE) 2028,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, IWA WWCE mampu mempromosikan Sarawak kepada perwakilan antarabangsa.

Sementara itu, delegasi diketuai Julaihi dijadualkan bertemu wakil Toronto Water yang merupakan penaja platinum IWA WWCE 2024.

Sebelum ini, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Sarawak dipilih menjadi tuan rumah IWA pada 2028 yang bakal dilangsungkan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) melibatkan 10,000 peserta dari 80 negara.

Turut hadir bersama-sama Julaihi ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan dua Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil dan Datuk Michael Tiang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan