Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Diraja Malaysia telah melengkapkan kertas siasatan membabitkan seorang pemain bola sepak amatur yang membawa senjata tajam ke dalam padang ketika berlaku perselisihan faham dalam perlawanan bola sepak 4 Ogos lepas. Foto media sosial

Kertas siasatan pemain bola sepak bawa kerambit diserah kepada Pejabat TPR

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Polis Diraja Malaysia telah melengkapkan kertas siasatan membabitkan seorang pemain bola sepak amatur yang membawa senjata tajam ke dalam padang ketika berlaku perselisihan faham dalam perlawanan bola sepak 4 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan berkenaan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dengan cadangan suspek dituduh mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Lelaki yang berusia 22 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis berikutan tempoh reman berakhir hari ini, manakala teman wanita suspek yang merupakan warga asing bagaimanapun masih lagi di dalam tahanan Jabatan Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jumaat lepas Mohamad Lazim memaklumkan pihaknya menahan lelaki itu dan teman wanitanya di sebuah rumah di Klang pada petang Khamis berhubung kejadian yang berlaku semasa perlawanan bola sepak di Pusat Bola Sepak KLFA di sini.

Terdapat juga gambar menunjukkan lelaki itu memegang senjata di kedua-dua belah tangannya yang tular di media sosial. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan