Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
IKMAS Fasa Dua mampu tampung sehingga 1,000 pelajar. Foto Amirah Shawel (TVS)

IKMAS fasa dua mampu tampung sehingga 1,000 pelajar

ByAmirah Shawel

KUCHING, 12 Ogos: Kemudahan infrastruktur pendidikan baharu Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) iaitu fasa dua dijangka mampu menampung sehingga 1,000 orang pelajar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pembinaan kemudahan itu adalah bagi menyediakan infrastruktur pendidikan yang lebih kondusif dan berkualiti kepada para pelajar.

Jelas beliau, pembinaan akan merangkumi pembinaan masjid, blok akademik, asrama dan perpustakaan.

“Ia dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini yang mampu menampung 700 hingga 1000 orang pelajar dalam satu-satu masa.

“Langkah ini juga selaras dengan usaha memperkukuhkan kampus IKMAS sebagai madrasah ilmu dan budi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Istiadat Konvokesyen IKMAS kali ke-20 di Dewan Kompleks Islam Sarawak, hari ini.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.

Tambah Mohd Na’im, IKMAS juga mengadakan kerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) bagi melahirkan graduan berdaya saing dalam jurusan teknikal dan teknologi digital.

Beliau berkata inisiatif itu adalah selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam melahirkan para pendakwah yang berilmu, berketrampilan dan berkemahiran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan