Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah helikopter curi terhempas di sebuah hotel di Australia pada Isnin, mengakibatkan juruterbangnya terbunuh. Foto AFP

Helikopter curi terhempas di hotel Australia, juruterbang terbunuh

ByBernama

ISTANBUL, 12 Ogos: Sebuah helikopter curi terhempas di sebuah hotel di Australia pada Isnin, mengakibatkan juruterbangnya terbunuh.

Kejadian berlaku kira-kira 2 pagi waktu tempatan di utara Queensland apabila helikopter itu melanggar bumbung hotel menyebabkan kira-kira 400 orang terpaksa dipindahkan, lapor Agensi Anadolu.

Tiada individu yang cedera dalam insiden berkenaan walaupun satu daripada bilah kipas helikopter jatuh di laluan pejalan kaki dan satu lagi di kolam renang hotel.

Menurut pemiliknya, helikopter itu telah dicuri sebelum penerbangan “tidak sah” juruterbang berkenaan, menurut ABC News.

Juruterbang itu bersendirian semasa menerbangkan helikopter dan belum dikenal pasti.

Nautilus Aviation, syarikat yang memiliki helikopter itu telah mengesahkan bahawa juruterbang mereka tidak terlibat dalam insiden berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan