Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pantas pekerja berjaya menyelamatkan satu blok rumah pekerja milik KTA Sdn Bhd di Kampung Beliong, Sebuyau, terbakar malam tadi. Foto JBPM

Tindakan pantas pekerja selamatkan rumah daripada terbakar

SEBUYAU, 11 Ogos: Tindakan pantas pekerja berjaya menyelamatkan satu blok rumah milik KTA Sdn Bhd di Kampung Beliong di sini, terbakar malam tadi.

Komander Operasi, PB Syed Abdul Rasyid Wan Hamid berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.09 tengah malam dengan menggerakkan enam anggota ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan satu blok rumah pekerja jenis sebuah kontena aluminium yang dibaluti Fiber Wool yang mempunyai tiga pintu telah terbakar 20 peratus.

“Seramai dua orang penghuni berjaya keluar menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran berjaya dipadamkan oleh pekerja menggunakan 17 unit alat pemadam api jenis debu kering sebelum bomba tiba ke lokasi.

“Pihak bomba bertindak memadamkan sisa-sisa kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula, sumber air dari tangki jentera sehingga kebakaran dipadam sepenuhnya,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan