Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Boling Padang Perlis tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Ahad. Foto TVS

SUKMA: Pasukan Boling Padang Perlis pertaruh atlet muda

KUCHING, 11 Ogos: Pasukan Boling Padang Perlis yakin atlet-atlet yang bertanding mampu mencapai sasaran satu pingat perak dan tiga gangsa yang diletakkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Pengurus Pasukannya Roslan Shariff berkata, walaupun telah meletakkan sasaran kepada pasukan namun pihaknya tidak ingin memberi sebarang tekanan kepada atletnya yang rata-ratanya dibarisi oleh atlet muda dan bakal melalui edisi SUKMA buat pertama kali.

Katanya, segala keputusan yang bakal dicapai pasukannya nanti bergantung kepada prestasi pasukannya dan lawan termasuk faktor lain seperti undian awal dan suasana pada hari pertandingan.

“Sasaran untuk tahun ini kita tidak mengharapkan yang tinggi sebab kita semua adalah pemain-pemain yang baharu.Kita tidak letak sasaran yang tinggi kepada atlet sebab takut tekanan kepada mereka sebab kita tahu mereka masih muda dan baru lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Ahad.

Tambahnya, walaupun atlet-atlet boling padang Perlis pada kali ini dibarisi oleh pemain yang masih muda dan baharu namun berdasarkan latihan dan kerja keras mereka selama masa persiapan beliau yakin pasukannya berupaya memberikan persaingan sengit.

Katanya, tekanan tidak akan diberikan kepada atlet-atlet ini untuk memenangkan sebarang pingat namun percaya kualiti pasukan boling padang Perlis pada kali ini mampu mencapai kejayaan yang disasarkan.

Kontinjen Perlis ke temasya SUKMA 2024 seramai 398 orang yang terdiri daripada 114 pegawai dan 284 atlet yang akan mengambil bahagian dalam 28 jenis sukan dengan meletakkan sasaran 10 pingat emas.

Pada edisi SUKMA 2022 di Kuala Lumpur, Perlis mendapat tempat ke-13 daripada 15 pasukan dengan meraih enam pingat emas, tujuh perak dan 10 gangsa dengan pingat emas terakhir buat kontinjen Perlis diraih menerusi sukan boling padang bagi acara pairs wanita.

Kejayaan itu hadir menerusi gandingan Nur Nadhirah Azmi dan Ain Nurnajwa Norhisham yang menewaskan pasangan Kedah, Nurul Alia Fitrah Mohamad Ali dan Athirah Mohd Rodzi 24-5 dalam perlawanan akhir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan