Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet Muay Thai combat Sarawak berlatih di Koh Samui selama dua bulan sebagai persiapan menghadapi SUKMA.

SUKMA 2024: Hasbullah impi tukar gangsa Muay Thai kepada emas untuk Sarawak

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Dua tahun lepas, Mohd Hasbullah Mood membuat penampilan kali pertama pada pentas Sukan Malaysia (SUKMA) dengan penamat positif apabila berjaya meraih pingat gangsa acara Muay Thai.

Terpilih sekali lagi untuk membarisi skuad Bumi Kenyalang pada SUKMA kali ini, Mohd Hasbullah mengakui dia mengintai peluang untuk mencatatkan keputusan yang lebih baik.

SUKMA : Anak muda Sadong Jaya sumbang gangsa Muay Thai

Atlet berasal dari Sadong Jaya itu berkata, dia dan rakan sepasukan telah membuat persiapan lebih rapi untuk menghadapi SUKMA kali termasuk berlatih di Thailand.

“Kami berlatih di Thailand selama dua bulan. Duduk di Kelantan dan keluar masuk negara itu,” katanya kepada TVS baru- baru ini.

Pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur, Mohd Hasbullah menang gangsa kategori 42- 45 kilogram.

Selain berlatih di negara kuasa besar sukan itu, Mohd Hasbullah berkata, dia juga telah menyertai beberapa pertandingan di Koh Samui.

SUKMA : Emas ini untuk Sarawak, kata Johan Ghazali

Jelasnya, pertandingan berkenaan menjadi pendedahan penting sebelum turun bertarung di Bintulu yang menjadi venue acara berkenaan.

“Sekarang ini target saya nak menang (emas) sahaja. Boleh dikatakan persiapan sudah mencapai 95 peratus,” katanya.

Ditanya mengenai saingan yang bakal diterimanya, Mohd Hasbullah berkata, dia tidak terlalu memikirkan perkara berkenaan.

“Saya tidak mahu memikirkan saingan dari negeri mana.

“Selaku tuan rumah, saya akan memberikan saingn yang hebat,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan