Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Algeria pada Sabtu meminta sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB diadakan pada Selasa ini untuk membincangkan serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi orang yang kehilangan tempat tinggal di Bandaraya Gaza. Foto AFP

Sekolah Gaza diserang: Algeria minta Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar

ByBernama

ALGIERS, 11 Ogos: Algeria pada Sabtu meminta sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB diadakan pada Selasa ini untuk membincangkan serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi orang yang kehilangan tempat tinggal di Bandaraya Gaza.

Permintaan Algeria, sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan untuk mesyuarat tergempar itu dibuat “sebagai reaksi kepada perkembangan serius terkini di wilayah Palestin yang diduduki, terutamanya selepas serangan udara oleh tentera rejim Zionis ke atas sekolah Al-Tabin,” lapor agensi berita rasmi Algeria, memetik sumber diplomatik yang tidak dinamakan di New York.

Menurut laporan Agensi Anadolu, permintaan itu dibuat “dalam rundingan dengan Negara Palestin” dan “disokong oleh negara anggota Majlis Keselamatan yang lain (tidak dinyatakan).”

Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera apabila pesawat Israel menyasarkan rakyat Palestin yang sedang menunaikan solat subuh di Sekolah Al-Tabin di kawasan perumahan Al-Daraj.

Dengan pengeboman sekolah itu, bilangan sekolah yang menjadi sasaran tentera Israel di Bandaraya Gaza pada minggu lepas telah meningkat kepada enam, menurut kiraan Anadolu.

Walaupun terdapat rayuan pada Khamis daripada perantara, termasuk Mesir, AS, dan Qatar untuk menghentikan pertempuran, mencapai gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tawanan, Israel tetap meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 39,800 orang telah terbunuh dalam serangan Israel sejak Oktober tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan