Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir semasa Makan Malam Budaya Sempena Perayaan Hari Orang Asal Sedunia 2024 di Christian Ecumenical Workship Center di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Perayaan Hari Orang Asal Sedunia 2024 jadi platform berbahas isu dihadapi – Abang Johari

KUCHING, 11 Ogos: Perayaan Hari Orang Asal Sedunia 2024 boleh berperanan sebagai platform berbahas mengenai isu-isu utama berkaitan masyarakat itu.

Perkara tersebut seterusnya diyakini mampu meningkatkan taraf hidup mereka melalui strategi serta program yang lebih berdaya saing.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sambutan berkenaan juga diharapkan dapat menghasilkan resolusi terbaik yang boleh dijadikan garis panduan kepada kerajaan dalam merangka program-program pembangunan untuk masyarakat Orang Asal.

“Sempena sambutan ini, saya percaya para peserta berpeluang untuk berbincang dan berbahas mengenai isu-isu utama berkaitan masyarakat Orang Asal seperti tanah, pendidikan, kesihatan, ekonomi, kepimpinan, infrastuktur dan kebudayaan.

“Maka, saya berharap ini akan dapat menghasilkan resolusi terbaik yang boleh dijadikan garis panduan kepada kerajaan dalam merangka program-program pembangunan dan juga kebajikan untuk masyarakat Orang Asal di seluruh Malaysia dan barangkali di negara negara jiran,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa Majlis Malam Kebudayaan sempena Sambutan Hari Orang Asal Sedunia Antarabangsa Cabang Borneo 2024 di Christian Ecumenical Workship Center di Kuching pada Sabtu.

Tambah beliau, sejak dahulu pihak kerajaan tidak pernah melakukan penindasan dalam apa jua bentuk atau corak kepada Orang Asal.

Jelasnya, Kerajaan Malaysia telah sedaya upaya menunaikan tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kepentingan dan hak-hak Orang Asal.

“Ingin saya nyatakan bahawa sejak dahulu kerajaan sentiasa mengiktiraf sumbangan Orang Asal dalam pembangunan negara termasuklah segi ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan