Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom, yang menjadi harapan terakhir Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024, berjaya meneruskan kemaraan ke separuh akhir acara keirin lelaki, hari ini. Foto Bernama

Paris 2024: Muhammad Shah Firdaus mara ke separuh akhir

ByBernama

PARIS, 11 Ogos: Atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom, yang menjadi harapan terakhir Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024, berjaya meneruskan kemaraan ke separuh akhir acara keirin lelaki, hari ini.

Pelumba berusia 28 tahun berasal dari Muar itu meraih kedudukan ketiga dengan 0.051 saat (s) ketinggalan di belakang Jack Carlin dari Great Britain yang mengungguli saringan pertama suku akhir di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome di sini.

Turut mara Matthew Glaetzer (+0.006s) dari Australia di kedudukan kedua dan pelumba pelumba Kaiya Ota yang berada di tempat keempat.

Dengan hanya empat pelumba terbaik setiap saringan layak ke separuh akhir, pelumba Israel Mikhail Yakovlev (+0.215s) dan James Hedgcock dari Kanada (+0.310s) tersingkir.

Pusingan separuh akhir dijadualkan pada 12.29 tengah hari (6.29 petang waktu Malaysia), diikuti final pada 1.32 tengah hari (7.32 malam di Malaysia). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan