Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohamad Sabu menerima cenderamata daripada Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil. Foto TVS

Negara masih kekurangan tekong tangkap ikan di kawasan laut dalam

MIRI, 11 Ogos: Negara masih menghadapi masalah kekurangan tekong dan jika berterusan akan membawa kesukaran untuk menangkap ikan di kawasan laut dalam, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan nelayan di Miri memperoleh pendidikan dan pengalaman yang diperlukan bagi menjadi seorang tekong dalam industri perikanan di kawasan laut dalam.

“Kita di Malaysia menghadapi masalah kekurangan tekong. Kebanyakan tekong yang beroperasi di Semenanjung adalah dari luar sama ada Thailand, Vietnam atau negara lain. Tekong memerlukan kecekapan, kemahiran dan pengalaman.

“Pendidikan asas masih diperlukan, tetapi lebih kepada pengalaman. Kalau kekurangan tekong ini berlaku secara berterusan, kita hadapi masalah dalam menangkap ikan di laut dalam. Sebab itu kita harap di Miri, dalam jangka panjang akan melahirkan tekong-tekong yang berpengalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Ramah Mesra Madani Menteri KPKM Bersama Nelayan Miri di sebuah pusat beli-belah pada Ahad.

Katanya, perkhidmatan tekong tempatan yang berumur 60 tahun ke atas juga terpaksa diambil untuk pengalaman dan kecekapan mereka, selain bagi mengatasi kekurangan pengganti dalam kalangan tekong baru buat masa ini.

Dalam majlis tersebut, beberapa bantuan telah diserahkan kepada golongan nelayan di Miri seperti Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) bernilai RM61,800 kepada 206 orang penerima ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Miri, Tabung Bantuan Pelajaran Anak-Anak Nelayan PNK Miri berjumlah RM 2,400 dan Penyerahan Lesen Sampan Khas kepada 95 orang penerima di Miri.

Program ini merupakan salah satu inisiatif KPKM dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi memberi bantuan dan sokongan yang berterusan kepada golongan nelayan dan dapat meningkatkan kualiti hidup mereka seiring dengan kemajuan negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan