Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas pikap dinaiki melanggar pokok di Jalan Laksama Cheng Ho, Kuching, awal pagi tadi. Foto JBPM

Lelaki maut, pikap dinaiki langgar pokok

BySafri Ali

KUCHING, 11 Ogos: Seorang lelaki maut selepas pikap dinaiki melanggar pokok di Jalan Laksama Cheng Ho di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali Dickson Anggop,36, manakala rakannya selamat dalam kejadian itu.

Komander Operasi, PBK II KUP Jifree Sujal berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang menerima laporan berhubung kes itu jam 2.52 pagi dengan menggerakkan 11 anggota ke loksi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah pikap melanggar pokok di tepi jalan. Dua orang mangsa terlibat.

“Seorang mangsa telah dikeluar oleh orang awam manakala seorang masih tersepit dalam pikap terabit,” katanya dałam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Setelah kerja-kerja penyelamatan selesai dan keadaan selamat pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan