SHAH ALAM, 11 Ogos: Pemain skuad futsal Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor mendapat suntikan semangat menjelang sepak mula saingan pada 13 Ogos ini.
Bintang bola sepak Selangor FC dan Harimau Malaya, Muhammad Faisal Abdul Halim hadir menyuntik semangat pemain yang bakal beraksi dalam temasya dwitahunan tersebut.
Sesi pertemuan tersebut  diadakan di Pusat Latihan Selangor FC selama lebih kurang 30 minit.
Ia memberi ruang kepada pemain muda tersebut untuk beramah mesra dengan Faisal.
Dalam pertemuan tersebut, Faisal berkesempatan memberikan kata-kata semangat dan nasihat berguna kepada anak buah Qusmaini Noor Rusli itu.
Pencapaian terbaik Selangor adalah berada di kedudukan keempat pada 2011.
Skuad Futsal SUKMA Selangor akan memulakan kempen bertemu Johor pada 13 Ogos, kemudiannya menanti cabaran Perak (15 Ogos), Pahang (16 Ogos) dan aksi terakhir bertemu Sarawak (17 Ogos).-TVS