Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelancaran SCHB disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sambutan Hari Wanita 2024 di Sibu, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Warga emas Sarawak bakal terima manfaat penjagaan kesihatan pesakit luar

ByDouglas Elliot

SIBU, 10 Ogos: Lebih 100,000 warga emas di Sarawak bakal menerima manfaat penjagaan kesihatan pesakit luar menerusi skim Manfaat Kesihatan Warga Emas (SCHB).

Pelancaran SCHB itu disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sambutan Hari Wanita 2024 di sini, hari ini.

“Kini, kita mesti melakukan pemeriksaan kesihatan secara kerap kerana risiko penyakit yang baharu.

“Sebab itu, Kerajaan Sarawak kini menanggung warga emas dalam mendapatkan perkhidman pemeriksaan kesihatan,” kata Abang Johari.

Beliau berucap demikian pada sambutan Hari Wanita Sarawak (HWS) 2024 di sini, hari ini.

SCHB adalah kemudahan untuk mendapat perkhidmatan rawatan kesihatan pesakit luar tanpa tunai di 168 klinik swasta atau 13 hospital swasta panel di seluruh Sarawak dengan had maksimum RM500 seorang setiap tahun.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah memberitahu kerajaan meluluskan inisiatif itu dengan peruntukan sebanyak RM50 juta pada mesyuarat kabinet 25 Mei lepas.

Antara kriteria kelayakan bagi skim SCHB itu adalah warga emas berumur 60 tahun ke atas, pemegang kad pengenalan Malaysia berstatus ‘K,’ berpendapatan bulanan isi rumah RM7,000 ke bawah serta tidak mendapat pembiayaan atau perlindungan rawatan pesakit luar daripada mana-mana agensi lain.

Turut hadir pada pelancaran ialah isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus dan Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam serta Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) Datuk Dr Annuar Rapaee. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan