Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sambutan Hari Wanita Sarawak (HWS) 2024 di Sibu, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Wanita turut main peranan penting pacu pembangunan Sarawak

ByDouglas Elliot

SIBU, 10 Ogos: Golongan wanita kini berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki dalam sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, golongan wanita berupaya menjadi penggerak kepada pembangunan sosial dan juga ekonomi di wilayah ini.

“Amat menarik untuk melihat perkembangan positif golongan wanita yang telah maju dalam sektor tenaga kerja.

“Mereka kini setaraf dengan rakan sejawat lelaki dalam membawa perubahan kepada Sarawak,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Wanita Sarawak (HWS) 2024 di sini, hari ini.

Jelasnya, wanita mempunyai kebolehan, keupayaan, kreativiti dan inovasi masing-masing yang mampu menjulang nama mereka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Golongan wanita juga berupaya mengimbangi aspek kekeluargaan dan kesejahteraan sosial yang seterusnya memberi kesan positif kepada aspek kehidupan lain.

“Mereka juga menitikberatkan aspek kekeluargaan serta kesejahteraan sosial sebagai bahagian penting dalam urusan peribadi dan profesional mereka,” katanya lagi.

Bertemakan Wanita Sarawak dalam Inovasi dan Teknologi, sambutan HWS menghimpunkan lebih 800 peserta dalam acara yang julung kali diadakan di luar Bahagian Kuching.

Sambutan ini juga bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita Sarawak dalam pembangunan keluarga, wilayah dan negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan