Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Gerald Rentap Jabu bersama para sukarelawan yang bakal bertugas pada SUKMA XXI Sarawak 2024. Foto Regina Lee (TVS)

SUKMA 2024: Sebanyak 12,000 permohonan jadi sukarelawan diterima

ByRegina Lee

KUCHING, 10 Ogos: Penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 mendapat sambutan yang menggalakkan dengan menerima sebanyak 12,000 permohonan menjadi sukarelawan terutamanya golongan belia di seluruh negeri ini.

Chef De Mission SUKMA XXI Sarawak 2024, Dato Gerald Rentap Jabu mendedahkan jumlah itu telah melebihi tenaga kerja yang diperlukan di setiap venue, di samping menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

“Permohonan untuk menjadi sukarelawan yang diterima memang banyak, namun kita melihat pada keperluan penugasan di setiap venue dan jumlah sukarelawan yang telah dilantik sebanyak 3,000 orang mencukupi.

“Kita ada 49 venue, jumlah tersebut belum termasuk kakitangan pengurusan teknikal dan pegawai perhubungan SUKMA XXI ini. Kita amat berterima kasih kerana tanpa adanya sukarelawan, kita akan mengalami kesukaran sepanjang penganjuran SUKMA yang terbesar pernah diadakan di Malaysia setakat ini.

“Ini bukti bahawa orang kita sangat responsif dan mempunyai semangat ingin membantu yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perhimpunan Sukarelawan Am ‘Here We Go’ SUKMA XXI Sarawak 2024 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, hari ini.

Gerald memaklumkan, para sukarelawan turut diajar skil bantuan pertolongan cemas untuk menjadi ‘first responder’ di venue sekira berlakunya kemalangan, sekali gus dapat menjadi mata dan telinga kepada pegawai kesihatan.

Mengulas lanjut beliau berkata, khidmat mencari sukarelawan kini menjadi mudah kerana pihaknya sudah mempunyai rekod sukarelawan yang dilihat berguna untuk penganjuran acara berskala besar pada masa akan datang.

“Dari segi pembangunan belia, kita sudah ada rekod mereka. Sekiranya pada tahun 2027 nanti kita akan menjadi hos bersama untuk menganjur Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA), kita sudah mempunyai data.

“Jadi, kita boleh memanggil mereka untuk kembali berkhidmat menjadi sukarelawan lagi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru warga Sarawak untuk menunjukkan semangat perpaduan yang utuh dan kuat serta memberikan semangat yang lebih terutamanya pada para atlet. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan