Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Azizul Annuar Adenan yakin skuad taekwondo Sarawak mampu menyumbang empat pingat emas pada temasya SUKMA ke-21. Foto TVS

Skuad taekwondo Sarawak sasar empat emas

ByTVS

KUCHING, 10 Ogos: Skuad taekwondo Sarawak menetapkan sasaran untuk meraih empat pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke- 21 yang berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos.

Presiden Persatuan Taekwondo Sarawak, Azizul Annuar Adenan yakin skuad taekwondo negeri ini berupaya melakukan kejutan selepas menjalani latihan intensif di Thailand dan Vietnam baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci acara yang mampu menyumbang pingat emas kepada Sarawak kelak.

“Persiapan setakat ini berjalan lancar.

“Atlet kita baru balik dari Thailand dan Vietnam.

“Kita tetap dengan sasaran meraih empat pada temasya kali ini,” katanya.

Taekwondo akan berlangsung di Stadium Perpaduan Petra Jaya dari 16 hingga 20 Ogos.

Sebanyak lapan acara bagi kategori masing-masing lelaki dan wanita (Kyorugi) dipertandingkan.

Kategori lelaki dan wanita (Poomsae) pula melibatkan sembilan acara. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan