Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Sim berucap merasmikan BCF 20204. Foto TVS

Sibu mampu anjur acara bertaraf antarabangsa

SIBU, 10 Ogos: Penganjuran Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2024 membuktikan kemampuan Sibu untuk menganjurkan acara bertaraf antarabangsa.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, BCF merupakan salah satu acara kemuncak setiap tahun di bandar tersebut.

Menurutnya, acara tersebut turut mempamerkan perpaduan masyarakat yang luar biasa di Sibu dan kepelbagaian budaya Sarawak kepada negara luar.

“Ia menggambarkan apa yang dikatakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai keterangkuman di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030),

“Seperti di Kuching dan Sibu, semua kaum dapat bersama-sama, ini apa yang kita mahukan.

“Bukan itu sahaja, di Sarawak kita sangat unik, ketika berjalan-jalan, saya dapat melihat semua kaum datang.

“Apabila pergi ke pesta makanan, kita dapat lihat semua kaum yang berbeza berkumpul, makan bersama dan ketawa bersama, ” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2024 di Dataran Tun Tuanku Bujang Sibu pada malam tadi.

Menurutnya, acara itu bukan sahaja dapat menyatukan budaya tempatan malah mampu menarik masyarakat luar dari seluruh Malaysia termasuk negara Asia dan China.

Dr. Sim turut memuji Majlis Perbandaran Sibu(MPS) atas usaha penganjuran yang lebih baik setiap tahun.

“Saya mengucapkan tahniah kepada MPS kerana menganjurkan BCF sejak tahun 2002 dan ia melebihi 20 tahun.

“MPS bangkit selepas pandemik COVID-19 melanda dengan penganjuran BCF yang lebih besar dan hebat dengan standard tinggi,” ujarnya.

Menurutnya, daripada pameran seni dan budaya serta persembahan pembukaan yang ditonjolkan menunjukkan semangat amat luar biasa dan berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.

Mengenai maskot rasmi BCF, Dr Sim berkata, engkuli atau harimau dahan Borneo yang dipilih mewakili komitmen terhadap pembangunan mampan dan bukti MPS serta penduduk Sibu menjaga alam sekitar selain memastikan perlindungan spesies terancam.

Turut hadir ADUN Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Joshua Ting dan Pengerusi MPS Clarence Ting Ing Horh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan