Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika temubual eksklusif bersama TVS hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

SBC Sarawak 2024 berperanan penting dalam penyebaran berita – Abdul Karim

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 10 Ogos: Pusat Penyiaran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 (SBC) memainkan peranan penting terutamanya dalam penyebaran berita selain membantu penonton di luar untuk merasai suasana di lokasi pertandingan.

Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, SBC membolehkan seluruh negara dapat merasakan apa yang berlaku di lokasi.

“Contohnya di Stadium Sarawak, melalui SBC apa yang dirasai oleh penonton di stadium dapat dirasai oleh penonton di luar,” katanya dalam temubual eksklusif bersama TVS di sini, hari ini.

Terdahulu, Abdul Karim merasmikan SBC Sarawak 2024 Stadium Sarawak yang menempatkan operasi penyiaran TVS dan RTM sepanjang temasya sukan ini.

Katanya, selain itu berita penulisan SBC dilihat penting dalam penyebaran berita yang disiarkan di televisyen mahupun gajet.

“Orang bukan sahaja mahu melihat berita yang bertulis tetapi mereka menginginkan visual juga dan inilah antara peranan penting dalam pusat penyiaran,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Abdul Karim menyifatkan walaupun mendirikan sesebuah pusat penyiaran itu menelan kos yang besar bagi setiap acara sukan yang diadakan, pembinaan pusat penyiaran yang seterusnya akan bersifat lebih canggih.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak, Samuel Simon, Ketua Pegawai Eksekutif TVS Kushairi Abang dan Ketua Pegawai Media TVS, Sardon Zainal. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan