Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika sidang media selepas merasmikan Pusat Media Utama Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 Sarawak 2024 hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

SBC dilengkapi peralatan dan teknologi canggih – Abdul Karim

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 10 Ogos: Pusat Penyiaran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 (SBC) dilengkapi peralatan dan teknologi yang canggih.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia merupakan teknologi canggih yang pertama digunakan dalam temasya sukan itu kelak.

“Apabila saya melawat ke SBC sebentar tadi, saya berasa terpegun dengan keadaannya. Saya difahamkan teknologi yang digunakan merupakan teknologi yang paling canggih digunakan di bawah temasya sukan Olimpik.

“Itu yang boleh saya katakan dan saya percaya dengan persiapan dan kecanggihan yang ada,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Pusat Media Utama Sukma ke-21 Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Beliau dalam masa sama menjanjikan segala siaran langsung sepanjang temasya sukan itu akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Dalam masa sama, beliau mengulangi mengenai aplikasi Sukma yang dilancarkan semalam, belum pernah digunakan semasa Sukma sebelum ini.

Aplikasi yang boleh dimuat turun di telefon bimbit membolehkan atlet, kontinjen mahupun orang awam melihat pungutan pingat dan keadaan semasa.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi SUKMA XXI Sarawak 2024 di Apple store, Play store dan AppGallery yang melibatkan platform IOS, Android dan Huawei . – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan