Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyerang Belanda, Duco Telgenkamp meraikan kemenangan aksi final hoki Olimpik di depan penjaga gol Jerman, Jean-Paul Danneberg.

Penjaga gol Jerman kecewa tindakan biadap pemain Belanda

ByAFP

PARIS, 10 Ogos: Penjaga gol Jerman yang ditunjukkan isyarat diam oleh pemain Belanda selepas tewas aksi final hoki Olimpik menganggap perbuatan itu paling biadap pernah dialaminya dalam sukan.

Jean-Paul Danneberg terduduk kecewa selepas dibolosi penalti penentuan, tetapi apa yang lebih menyakitkan ialah tindakan pemain Belanda, Duco Telgenkamp selepas itu.

Belanda mengesahkan emas selepas memenangi penentuan penalti 3-1 susulan permainan terikat 1-1 dalam waktu sebenar.

Telgenkamp, yang menyempurnakan penalti terakhir untuk Belanda, menunjukkan isyarat berkenaan kepada Danneberg – dipercayai kerana kenyataan penjaga gol itu yang mendakwa Belanda gerun dengan Jerman.

“Ia perkara paling biadap pernah saya alami dalam sukan. Saya tidak tahu bagaimana seseorang boleh menjadi pemenang yang sangat buruk.

“Ia adalah saat terbaik dalam hidupnya tetapi dia dicemuh ketika penyampaian hadiah,” kata Danneberg.

Bagaimanapun Telgenkamp mempertahankan tindakannya dengan mengatakan ia disebabkan kenyataan penjaga gol itu sebelum perlawanan.

“Ada kenyataan yang mengguris hati saya. Apa yang saya lakukan tidak bagus. Saya minta maaf. Namun emosi menguasai saya ketika itu. Jika bertemu dengannya saya akan meminta maaf,” kata Telgenkamp.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan