Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 100 rakyat Palestin terbunuh apabila tentera Israel mengebom sekolah Al-Taba'een di kawasan Al-Daraj, timur Bandar Gaza pada awal pagi Sabtu, lapor Agensi Anadolu. Foto AFP

Lagi serangan di Gaza, lebih 100 rakyat Palestin maut dibom

ByBernama

ISTANBUL, 10 Ogos: Lebih 100 rakyat Palestin terbunuh apabila tentera Israel mengebom sekolah Al-Taba’een di kawasan Al-Daraj, timur Bandar Gaza pada awal pagi Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Sekolah berkenaan dijadikan tempat perlindungan bagi penduduk yang terpaksa melarikan diri dari kediaman mereka.

Puluhan lagi dilaporkan cedera dalam serangan terbabit.

Menurut agensi berita Palestin (WAFA), serangan udara berlaku ketika para jemaah sedang menunaikan solat Subuh di sekolah berkenaan.

Sejak 7 Oktober 2023, hampir 40,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala lebih 91,700 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan