Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak menetapkan sasaran memperluas kawasan penanaman nanas kepada 20,000 hektar menjelang tahun 2030. Foto hiasan Envato

Ladang nanas di Miri peneraju varieti nanas SG1 di Malaysia

MIRI, 10 Ogos: Ladang nanas TG Agro Fruit di Sungai Tukau kini menjadi peneraju bagi varieti nanas Sarawak Gold (SG1) yang berpotensi membantu penanaman nanas di seluruh Sarawak dan Malaysia.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata dalam beberapa tahun akan datang Malaysia akan mampu meningkatkan eksport nanas global.

“Permintaan global terhadap nanas Malaysia kini mencecah 4,000 kontena, namun negara hanya mampu menyediakan 800 kontena atau sekitar satu perlima daripada permintaan.

“Sekarang dengan adanya ladang ini, bernih variesi SG1 itu dapat disebarkan ke seluruh Sarawak dan Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian fasiliti di Ladang Nanas itu di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali berkata Sarawak menetapkan sasaran memperluas kawasan penanaman nanas kepada 20,000 hektar menjelang tahun 2030.

“Sasaran ini dijangka menyokong perkembangan industri nanas negara dan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam pasaran global selain untuk memenuhi permintaan tempatan

“Pada masa kini, eksport utama nanas Malaysia adalah ke Singapura,China, Eropah, Jepun dan Jerman terutama dalam bentuk jus,” katanya.

LPNM dalam kenyataan memaklumkan Sarawak berpotensi besar menggantikan Johor sebagai kawasan pengeluaran nanas negara memandangkan negeri itu mempunyai keluasan tanah terbiar seluas 59,000 hektar yang berpotensi dibangunkan sebagai kawasan tanaman nanas.

Di Sarawak, seramai 700 pengusaha nanas yang tertumpu di kawasan Samarahan, Betong, Mukah dan Miri.

“Status penanaman SG1 hingga Februari tahun ini seluas 52.5 hektar dan jangkaan pengeluaran benih menjelang 2026 sebanyak 11.9 juta. LPNM akan terus membantu memperluas tanaman SG1 seluruh negara,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan