Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuartet Kanada meraikan kejayaan meraih emas dalam lari berganti-ganti 4x100m.

Kanada cipta kejutan, raih emas pertama acara trek

ByBernama

PARIS, 10 Ogos: Kanada mencipta kejutan apabila merangkul pingat emas di Sukan Olimpik Paris menerusi acara berganti-ganti 4x100m lelaki sekali gus menjadi emas pertama negara itu dalam acara trek di temasya kali ini.

Andre De Grasse menjadi tumpuan apabila beliau menewaskan atlet Afrika Selatan, Akani Simbine di pusingan terakhir untuk memastikan kemenangan Kanada dengan catatan masa 37.50 saat.

De Grasse berganding bahu bersama Aaron Brown, Jerome Blake, dan Brendon Rodney untuk mengungguli perlumbaan kali ini.

Afrika Selatan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mencatat masa 37.57 saat, manakala Britain memenangi gangsa dengan 37.61 saat.

“Saya rasa sangat hebat. Bersama dengan rakan-rakan seperjuangan yang sudah saya anggap sebagai saudara, kami telah berjuang bersama sejak awal lagi.

“Kami sudah lama impikan saat ini dan akhirnya kami berjaya mencapainya. Saya sangat bersyukur,” kata De Grasse.

Kejayaan ini turut memperbaiki pencapaian Kanada di Sukan Olimpik Tokyo, yang hanya berjaya meraih pingat perak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan