Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Henry kekal bertenang walaupun Perancis yang dibimbingnya tumpas kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir.Foto AFP

Henry anggap persembahan Perancis sebagai satu keajaiban

ByAFP

PARIS, 10 Ogos: Pengendali Perancis, Thierry Henry menganggap persembahan pasukannya di Olimpik sebagai satu keajaiban walaupun tewas dalam masa tambahan di tangan Sepanyol pada final.

“Saya beritahu pemain-pemain yang mereka sudah melakukan satu keajaiban dan bangga dengan persembahan mereka.

“Kami tetap memenangi pingat. Ia tidak berakhir seperti yang kami harapkan tetapi ia masih perlawanan yang luar biasa,” kata legenda bola sepak Perancis itu selepas pasukannya tewas 5-3.

Enzo Millot meletakkan Perancis di depan dalam aksi di Parc des Prince tetapi Sepanyol bangkit 3-1 sebelum rehat.

Maghnes Akliouche kembali merapatkan jurang dan penalti saat akhir Jean-Philippe Mateta mengheret permainan ke masa tambahan. Sergio Camella meledak dua kali untuk memberikan emas buat Sepanyol.

“Apa yang penting bagi saya ialah pasukan sudah berjuang. Ini adalah kali pertama dalam hidup saya, saya tewas pada final, tetapi kami tetap menang pingat.

“Saya akan sentiasa menghormati pasukan ini,” kata Henry yang meraih pingat bola sepak pertama negara itu sejak memenangi emas pada edisi 1984.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan