BETONG, 10 Ogos: Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) digerakkan ke Loji Rawatan Air Lubau Layar di sini selepas berlaku kebocoran gas klorin hari ini.
Komander Operasi, PBK II Edwin Jonani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.26 petang dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dan lapan anggota Hazmat BBP Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.
“Kebocoran tersebut berlaku dalam bangunan, di tempat ruangan khas penyimpanan gas klorin.
“Kebocoran bau klorin yang kuat tersebut selepas diservis beberapa hari yang lepas, kuantiti dalam ruangan tersebut, satu tong jenis silider (68 kilogram),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pengungsian bangunan dijalankan untuk memastikan tiada mangsa yang terlibat dalam bangunan dan ruangan tersebut. -TVS