Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa sambutan Hari Wanita Sarawak (HWS) 2024 di Sibu, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Abang Johari ke Australia kongsi ekonomi hijau Sarawak

ByDouglas Elliot

SIBU, 10 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan ke Australia bagi berkongsi pencapaian teknologi dan ekonomi hijau Sarawak.

Beliau memberitahu lawatan itu atas jemputan negara berkenaan yang ingin belajar tentang kemajuan sektor berkenaan di wilayah ini.

“Dalam masa dua minggu lagi, saya akan ke Australia. Mereka telah menjemput saya untuk berkongsi mengenai teknologi hijau dan ekonomi hijau kita.

“Ini bermakna negara Australia mengakui kemajuan kita dalam bidang ini kerana kita ada ilmu,” katanya pada sambutan Hari Wanita Sarawak (HWS) 2024 di sini, hari ini.

Ujar Abang Johari, pencapaian itu bukanlah kejayaan individu tetapi kerjasama daripada semua pihak.

“Ini merupakan kejayaan kolektif daripada barisan Kabinet dan juga pakar-pakar yang memberi input kepada saya untuk membuat keputusan dan melaksanakan apa yang kita telah putuskan,” tambahnya.

Lawatan ini merupakan jemputan terbaharu beliau ke luar negara.

Terdahulu, Abang Johari juga telah melawat Korea Selatan, Thailand, United Kingdom dan Norway bagi berkongsi inisiatif tenaga boleh baharu dan ekonomi hijau Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan