Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Foto fail AFP

Sultan Brunei puji daya tahan luar biasa ASEAN

ByBernama

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memuji pencapaian kolektif Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam perutusan baginda sempena Hari ASEAN pada Khamis, lapor Xinhua.

“Sepanjang lima dekad yang lalu, ASEAN mempamerkan daya tahan luar biasa, berjaya menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran sambil terus komited terhadap kemajuan serantau.

“Pada masa yang sama, negara-negara anggota ASEAN telah bekerjasama antara satu sama lain dan dengan negara lain bagi memajukan pembangunan di seluruh rantau ini.

“Brunei bersedia untuk bekerjasama dengan negara anggota lain untuk memastikan kita dapat bersama-sama membina ASEAN yang tahan lasak, inovatif, dinamik dan berpusatkan rakyat (people-centred),” titah baginda. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan